Ucapan tahniah Najib, PM Jepun memenangi pilihan raya

0
122
views
abe-shinzo
abe-shinzo

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe atas kejayaan memenangi pilihan raya umum pada Ahad.

abe shinzo won re-election
Foto : Google

“Tahniah atas kemenangan anda @AbeShinzo! Berharap untuk memperkukuhkan lagi hubungan akrab yang sedia terjalin antara kedua-dua negara kita,” kata Najib dalam catatan di Twitter.

Dilaporkan gabungan Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Abe kembali berkuasa selepas memenangi sekurang-kurangnya 312 kerusi daripada 465 kerusi Parlimen.

Kemenangan itu meningkatkan peluang beliau untuk memenangi penggal tiga tahun lagi sebagai pemimpin LDP pada September tahun depan dan terus memegang jawatan sebagai perdana menteri sehingga 2021. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here