Wanita Ini Menjadi Sumber Inspirasi Kepada Wanita Lain

1
165
views
sumber inspirasi kepada wanita

10 Tahun Menderita Menjadi Mangsa Simbahan Asid

Katie Piper berusia 24 tahun dengan karier yang baik sebagai personaliti televisyen dan model apabila tragedi kejam menimpa dirinya.

Seorang penyerang diupah menyerangnya dan menyimbah asid sulfurik ke wajahnya. Tetapi wanita muda berbakat ini berjaya melepasi pahit getir hidupnya dan kini selepas 10 tahun ketika berusia 34 tahun, beliau berkongsi kisah hidupnya dan berhasrat membantu orang lain.

Perkenalan Katie Piper dengan teman lelaki yang menjalin hubungan dengannya selama 2 minggu telah mengubah hidupnya selepas itu. Daniel Lynch lelaki bertanggungjawab memusnahkan hidup Katie dalam sekelip mata.

Sebelum serangan asid berkenaan, Katie dan Daniel telah bermalam di sebuah hotel sebelum Katie telah diperkosa dan diserang secara fizikal oleh Daniel. Katie menjadi trauma dan menjadi takut menjalani kehidupannya selepas itu.

sumber inspirasi kepada wanita

Selepas kejadian itu, Katie telah dapat melepaskan dirinya dari Daniel dan bertindak memutuskan hubungan dengan Daniel.

Daniel mengugut Katie supaya tidak mendedahkan kejadian tersebut dengan berkata dia akan membunuh keluarga dan rakan Katie jika ia didedahkan.

Namun, Katie tidak dapat memendam insiden itu lalu telah menceritakan kepada rakan sebiliknya.

sumber inspirasi kepada wanita

Bermula dari perpisahan itu, Daniel telah mula menghantar mesej dan memanggil Katie sebagai gila, dan bertanya samada dia ada menceritakan kepada sesiapa tentang kejadian tersebut dan menyuruhnya supaya berdiam diri.

Ugutan ini berlarutan setiap hari sehingga pada hari terakhir perbualan mereka dengan Daniel meminta Katie supaya pergi ke kafe internet berdekatan untuk memeriksa mesej di Facebook yang dihantar olehnya.

Pada waktu itulah, kejadian serangan simbahan asid itu telah berlaku. Daniel telah mengupah seorang lelaki bernama Stefan Sylvestre mendekati Katie dan menyimbah mukanya dengan asid sulfurik.

sumber inspirasi kepada wanita

Akhirnya dengan ugutan yang jelas bersama bukti, kedua-dua penjenayah ini telah ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, dengan Daniel dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan 2 pertuduhan tanpa apa-apa keistimewaan mendapat parol selama 60 tahun.

Keputusan ini memberi kelegaan pada Katie dan keluarganya, tetapi hidup Katie telah berubah sepenuhnya.

Katie juga seakan menjalani hukuman penjara seumur hidup seperti Daniel, apabila dengan rupa fizikalnya telah dirosakkan bersama keadaan mentalnya diganggu ketakutan, ketidakpastian dan penderitaan.

Simbahan asid sulfurik yang berbisa itu telah merosakkan wajahnya dengan mata, telinga dan kerongkongnya telah mengalami kecederaan yang agak teruk. Wajahnya telah berubah sepenuhnya.

sumber inspirasi kepada wanita

Semasa berada di hospital, Katie menjalani beberapa siri dan prosedur pembedahan menyelamatkan bahagian badannya yang terkena asid itu, terutamanya di bahagian mata kirinya yang telah menjadi buta.

Katie telah dibiarkan koma selama 12 hari, dengan para pakar bedah menjalankan prosedur membaik pulih kulitnya. Kemudian Katie memakai topeng selama 23 jam setiap hari.

Keseluruhannya Katie telah menjalani 40 pembedahan merawat semua kecederaan akibat simbahan asid tersebut.

Ada masanya Katie mahu berputus asa dan menamatkan hidupnya. Dia pernah menulis kepada ibunya yang dia mahu membunuh diri kerana tidak tertahan dengan penderitaannya.

sumber inspirasi kepada wanita
Dari situ, ibunya mula mengumpul coretan Katie sebagai jurnal yang akan ditujukkan kepadanya sebagai satu proses penyembuhan.

Katanya, “Saya mahu menunjukkan kepadanya yang ia bukanlah satu pengakhiran. Ia adalah satu permulaan dan dia mesti pulih dan ada bukti dalam proses pemulihannya.”

Walaupun proses pemulihan itu amat menyakitkan dan membuatnya sengsara, Katie telah dapat mengatasinya dengan tabah.

Dengan bantuan keluarga dan rakan, Katie menolak dirinya ke depan mengharungi segala cabaran memulihkan dirinya dari pengalaman pahit tersebut.

sumber inspirasi kepada wanita

Setahun selepas insiden tersebut, Katie telah mengasaskan Katie Piper Foundation yang memfokus dan menyokong serta membantu mangsa simbahan asid dan kebakaran.

Katie kemudian menerbitkan buku biografi yang ditulis olehnya sendiri. Dia juga berkongsi kisahnya dalam program televisyen seperti ‘The Morning’ , ‘Loose Women’ , ‘Bodyshocker’ dan ‘Never Seen A Doctor’ dan sebagainya.

Kini pada usianya 34 tahun dengan 10 tahun kemudian selepas insiden kejam tersebut, Katie telah menjadi jurucakap motivasi, membantu mangsa simbahan asid dengan menjadikan dirinya sebagai contoh dan inspirasi.

Dia berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan pedoman kepada yang lain supaya tidak terlalu obses dengan imej diri sendiri.

Katie memberi inspirasi kepada wanita yang lain yang menjadi mangsa supaya meneruskan hidup dan sentiasa positif dan menyedari akan adanya pelangi yang cantik selepas hujan lebat yang turun.

sumber inspirasi kepada wanita

Katie kini telah mendirikan rumahtangga yang bahagia dengan Richard Sutton dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Belle.

Kata Katie Piper, ” Melalui kisah perit dan kemudian kisah bahagia dengan berkahwin dan mempunyai anak adalah sesuatu yang diharapkan di dalam kehidupan. Ia seperti mendapat suatu barang mewah yang berharga yang tidak terjadi dan didapati oleh semua orang. Ia menjadi lebih bermakna dan menggembirakan apabila ia adalah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku untuk mendapat pengalaman indah dan istimewa seperti ini.”

Sumber : terbaikbakhang.com

Baca Juga : Kisah Anak Singa

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here